Pembaca buku terbitan Malaysia
Group Information
Category:
Name:
Pembaca buku terbitan Malaysia
Description:
Kongsikan buku-buku terbitan dalam bahasa Malaysia sama ada fiksyen atau non fiksyen. Buku perniagaan, motivasi, agama, perhubungan, cinta, novel atau apa sahaja.

Buka topik yang menarik sama ada bersifat kontroversial, kritikan buku dan cadangan yang dapat disampaikan di sini.
Created:
Friday, 05 June 2009

Announcements

Majlis Berbuka Puasa bersama penulis di MPH One Utama (Book Cafe) pada 23 Ogos 2009 jam 7-8 malam. Penulis pada hari itu, saudara Zamri Mohamad bersamaTuan Shamsuddin Kadir yang merupakan pakar kewangan peribadi dan penulis terkenal. Mereka yang berminat, daftarkan nama, alamat, IC dan nombor telefon ke emel ini marketing@mph.com.my jangan lupa nyatakan maklumat info di atas dalam emel. Tempat terhad.

Discussions

Started by Administrator. Last replied by Administrator on Tuesday, 07 July 2009

Photo Albums

No album created yet.

Videos

There are no videos added yet
Administrator, Sunday, 21 June 2009 15:36
Administrator
interesting .. wan... keep sharing!
 
Wan Norjihan binti Wan Abdullah, Thursday, 18 June 2009 14:41
Wan Norjihan binti Wan Abdullah
Ooopsss.... pembetulan, Buku yang diberi oleh arwah ayah saya untuk dibaca ....
 
Wan Norjihan binti Wan Abdullah, Thursday, 18 June 2009 14:40
Wan Norjihan binti Wan Abdullah
Buku yang diberi oleh saya untuk dibaca ialah Panduan Mengarang, Panduan Kawartawanan dan Panduan Menulis, percaya atau tidak? Itu berlaku ketika saya berada di menengah rendah. Tetapi saya sudah mula membaca seingat saya, apabila sahaja saya pandai membaca di sekolah rendah, dan pejabat/bilik bacaan/perpustakaan arwah ayah saya adalah tempat kegemaran saya. Saya baca karya-karya Shakespeare (terjemahan) melalui Utusan Pelajar dan Dewan Pelajar terbitan tahun 60-an dan 70-an -koleksi beliau, saya juga mulai membaca buku-buku cerita karangan penulis Melayu yang ada dalam perpustakaan peribadi beliau, sepeti Awang Sulung Merah Muda, Hkayat Panji Semirang, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk, sekadar menyebut beberapa nama, kemudian ketika saya masih lagi di menengah rendah juga, kaka saya meminta saya turut membaca buku Badai Semalam, Seorang Tua Di kaki Gunung dan Ranjau Sepanjang Jalan agar dapat beliau berbincang (buku-buku tersebut adalah merupakan buku teks kakak saya). Dalam masa yang sama, saya masih lagi menyelongkar perpustakaan ayah saya dan menjumpai banyak buku karya Enid Blyton dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, sebuah fiksyen melayu dalam tulisan jawi bertajuk Orang Terbang, kesemuanya saya baca dan nikmati. Sehingga akhirnya apabila karangan saya dibaca dalam kelas adik saya, ayah saya telah menghadiahkan saya sebuah mesin taip (tahun 1985)- walaupun arwah sudah mempunyai 2 buah mesin taipnya sendiri. Begitu dalam maksud arwah ayah saya melalui hadiah-hadiah beliau.
 
Administrator, Thursday, 18 June 2009 00:30
Administrator
hahaha.. i guess we may need Microsoft Word to start writing.. haha..
 
Sizarifalina Mohamed Ali, Wednesday, 17 June 2009 15:15
Sizarifalina Mohamed Ali
You have to be a malaysian i guess..kekeke..
 
Penulis Buku di Malaysia Zamri Mohamad, Tuesday, 16 June 2009 18:43
Penulis Buku di Malaysia Zamri Mohamad
Tuan Admin, buku Malaysia yang terbaik dipecahkan kepada beberapa kategori. Sebagai contoh dalam siri motivasi melibatkan buku Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr Danial Zainal Abidin, HM Tuah Iskanda, Dr Tengku Asmadi dan seumpamanya.
 
ratna adnan, Tuesday, 16 June 2009 07:33
ratna adnan
Untuk saya series buku enid blyton. Siri penyiasatan sekumpulan kanak-kanak. Seronok.
 
Administrator, Sunday, 14 June 2009 00:41
Administrator
what is the best malaysian book?
 
Penulis Buku di Malaysia Zamri Mohamad, Friday, 12 June 2009 19:22
Penulis Buku di Malaysia Zamri Mohamad
Apakah buku pertama yang diberikan oleh ayah? Masih ingat lagi judul buku yang menjadi hadiah pertama ayah dan ibu? Jika ya kongsikan di sini. Tidak kira judul bahasa Inggeris atau pun bahasa Melayu.